Wednesday, 10 April 2013

Doa

DOA RINGKAS SELEPAS SEMBAHYANG



Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Chicken Dance

Bestnyeeeeerrrrr..mengingatkan kembali nostalgia indah bersama-sama rakan seperjuangan dan mentor...DAO

Indahnya alam maya ini ciptaan Mu

Syukur Alhamdulillah sehingga ke hari ini, pagi ini dan saat ini masih lagi diberi limpahan kurniaan rezki dan nikmat yang melimpah ruah dari Yang Maha Kuasa, masih bernafas serta menikmati keindahan alam ciptaan Mu YaAllah Tuhan sekelian alam.

Kata-kata semangat datang

Jutaan terima kasih kepada pelawat-pelawat yang sudi melayari Blog saya yang sangat sangat sangat memberikan manfaat.
Saya amat-amat yakin Blog saya ini dapat membantu serta dapat memberikan nilai hidup kepada kita semua, kerana tujuan saya adalah untuk memberi manfaat kepada ramai orang serta menambah nilai hidup diri saya dan juga ramai orang.
Ingatlah bahawasanya :- 

                      MANUSIA ADALAH JENTERA PENGELUAR 'MAKNA'..

Oleh itu marilah kita sama-sama renungkan serta perbetulkan pemikiran kita dengan :-

Bisikan pada diri sendiri,

- APA YANG AKAN AKU BERHENTI BUAT ?
- APA YANG AKAN AKU MULA BUAT ?
- APA YANG AKAN AKU TERUSKAN BUAT MULAI SEKARANG ?

Renung-renungkan sambil beramal serta FOKUS. terima kasih